Connect with us

Terkini

Lokman akan hantar klip video seks ke Indonesia untuk dianalisis

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam yang menerajui sebuah badan bukan kerajaan akan menghantar beberapa klip video seks sejenis yang tersebar bulan lalu untuk dianalisis sebuah syarikat forensik video di Indonesia Khamis ini.

Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat itu berkata, keputusan analisis itu boleh diketahui dalam 2 hingga 3 hari.

Loading…

“Saya juga akan bawa 20 gambar (Menteri Hal Ehwal Ekonomi) Azmin Ali, begitu juga 12 video Azmin, baik dalam program atau ceramah untuk suai padan dengan video seks yang tular.

“Maknanya syarikat pakar ini akan ada akses fail untuk gambar Azmin di luar video seks itu. Hasilnya itu akan diserahkan pada polis,” katanya di pintu masuk bangunan Parlimen hari ini, lapor Free Malaysia Today.

Advertisement

Lokman yang enggan menamakan syarikat itu kerana bimbang disabotaj pihak berkepentingan berkata, institusi kehakiman Indonesia turut menggunakan perkhidmatan syarikat terbabit untuk mengesahkan ketulenan bukti mahkamah.

Katanya, tindakan itu diambil selepas Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin memberitahu hasil analisis video seks sejenis itu masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Sebelum ini Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata polis masih menyiasat kes video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri dan tidak menetapkan tempoh tertentu untuk menyelesaikan siasatan.

“Biar PDRM menjalankan tugasnya sebelum ia (hasil siasatan) diserahkan kepada saya dan Ketua Polis Negara (Abdul Hamid Bador),” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Menteri Wilayah Persekutuan bersama warga PDRM di Pulapol, Kuala Lumpur.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel