Connect with us

Pilihan Editor

Lokman dakwa individu dalam video intim ialah Azmin

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa individu di dalam video intim yang tersebar ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Lokman berkata laporan forensik dari Indonesia mengesahkan individu-individu terbabit terlibat di dalam video intim tersebut dan mendakwa pakar-pakar yang menganalisis video itu merumuskan bahawa video itu adalah tulen dan tiada elemen manipulasi ataupun telah disunting.

Loading…

Lokman melalui siaran langsung di laman Facebooknya mendedahkan, menerusi kaedah Error Level Analysis (ELA) menerusi frame, imej dan tampered detection, ia jelas menunjukkan wajah individu yang terlibat dalam video berkenaan.

“Mereka menggunakan kaedah Error Level Analysis (ELA) menerusi frame, imej dan tampered detection.

Advertisement

“Kaedah itu jelas menonjolkan muka individu di dalam video dilihat jelas apabila dipadankan dengan gambar Mohamed Azmin dan Haziq.

“Ia bercanggah dengan laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang tidak dapat memadankan wajah dua individu tersebut,” kata Lokman lagi dalam siaran langsung tersebut yang turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Lokman berkata laporan setebal 18 muka surat itu akan diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan ketua pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam tempoh masa terdekat. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel