Connect with us

Mahkamah

Mahkamah Tinggi tolak penangguhan, bicara kes Najib berkaitan 1MDB tetap mula 19 Ogos

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan kes 1MDB yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak .

Perbicaraan kes membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi oleh Najib akan tetap bermula pada 19 Ogos depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Loading…

Hakim Collin Lawrence Sequerah hari ini menolak permohonan pihak pendakwaan yang mahu menangguhkan perbicaraan itu buat kali ketiga dan memutuskan tarikh perbicaraan akan bermula pada 19 Ogos.

Peguam Negara Tommy Thomas sebelum ini mahu kes 1MDB bermula 1 Oktober memandangkan kes membabitkan dana SRC International yang turut dihadapi Najib berkemungkinan tidak dapat diselesaikan pada Ogos ini.

Advertisement

Najib yang diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah didakwa atas empat pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 21 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Bhd, No 55, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon, di antara tahun 2011 dan 2014. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel