Connect with us

Terkini

Malaysia manfaat kepakaran China hadapi bencana

BEIJING: Malaysia mahu meningkatkan persediaan menghadapi risiko bencana alam dan bencana industri melalui usaha pemetaan kawasan berisiko tinggi melalui penggunaan teknologi satelit, kata Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kepakaran negara China dalam teknologi jangkaan bencana dan pemetaan kawasan zon berisiko bencana menggunakan satelit, antara yang boleh dimanfaatkan Malaysia menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Loading…

Dr Wan Azizah yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke China bermula kelmarin, berkata usaha itu akan dilakukan dengan mendapat kerjasama dari Pusat Pengurangan Bencana Kebangsaan China.

“Usaha ini sedang digerakkan dan perjanjian persefahaman antara Malaysia dan China akan ditandatangani tidak lama lagi. Ketua Pengarah NADMA (Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman) akan membuat susulan mengenai perkara ini,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini, hari ini.

Advertisement

Terdahulu, beliau melawat Pusat Pengurangan Bencana Kebangsaan China bagi mendapatkan maklumat mengenai sistem pengurusan bencana menggunakan teknologi tinggi terkini yang dilaksanakan oleh kerajaan China dan tahap kesediaan negara itu dalam menghadapi pelbagai jenis bencana.

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah berkata berkata berbanding Malaysia, China mempunyai tahap kesiapsiagaan yang lebih baik dengan menggunakan teknologi data raya selain latihan simulasi yang berterusan dalam menghadapi pelbagai bentuk bencana.

“Kita ada Jabatan Meteorologi tapi kita juga mahukan ramalan di kawasan berisiko tinggi mengalami bencana.

“Di China mereka mempunyai data raya yang boleh digunakan untuk menganalisa dan dapat membuat jangkaan lebih awal…itu yang kita kurang,” katanya.

Dr Wan Azizah yang juga Pengerusi NADMA, dalam kenyataannya, semalam berkata Malaysia dan China bersetuju untuk berkongsi amalan terbaik, bertukar-tukar lawatan antara pegawai, latihan bersama dan perkongsian ilmu dalam pengurusan bencana.

Advertisement

Persetujuan itu dicapai semasa pertemuan beliau bersama Penasihat Negara, Wang Yong yang juga bertanggungjawab terhadap pengurusan bencana di China semalam.

Dr Wan Azizah berkata, meskipun Malaysia mempunyai teknologi dan kemahiran seperti ‘remote sensing’ dan ‘geo sensing’ namun maklumat yang diperoleh tidak dapat digunakan dengan sebaiknya kerana koordinasi yang lemah antara agensi berkaitan dan kekangan dalam bidang kuasa antara kerajaan pusat dengan negeri. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel