Connect with us

Jenayah

Mayat pemimpin politik dalam keadaan meragukan

KUANTAN – Mayat lelaki dipercayai pemimpin parti politik di Kuantan ditemui kira-kira 2km dari kenderaannya di Gebeng malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian 10.45 malam itu mayat mangsa ditemui orang awam yang kemudian memaklumkan bomba.

Loading…

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang ketika dihubungi mengesahkan menerima panggilan orang awam pada 10.55 malam sebelum Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Bomba (EMRS) ke lokasi, lapor Sinar Harian.

“Pada mulanya kami terima maklumat mengatakan ada kemalangan tetapi anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati mayat dalam keadaan meragukan.

Advertisement

“Kita kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang sudah ke lokasi bagi menyiasat punca kematian mangsa sama ada disebabkan kemalangan atau terdapat unsur jenayah.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Tunggu laporan bedah siasat. Bunuh atau kemalangan saya akan maklum,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel