Connect with us

Berita Lain

Mokhtar tarik diri dari Pasukan Petugas Khas siasat kes Koh, Amri

PUTRAJAYA – Datuk Mokhtar Mohd Noor telah menarik diri secara sukarela daripada Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat kes kehilangan Pastor Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat.

Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan berkata, keputusan dibuat atas rasa tanggungjawab beliau untuk memelihara integriti dan ketelusan pasukan ekoran tindakan pihak tertentu mempersoalkan kesesuaian keanggotaannya.

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mempersoalkan pelantikan beliau sebelum ini kerana dipercayai terlibat secara langsung dalam kedua-dua kes kehilangan Raymond dan Amri.

“Dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali kerana beliau bukan merupakan saksi atau pegawai yang menyiasat kedua-dua kes ini,” katanya di sini hari ini.

Advertisement

Katanya, pelantikan Mokhtar dibuat berdasarkan profesionalisme dan kepakaran beliau sebagai bekas Ketua Bahagian Perundangan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Beliau yang mempunyai pengetahuan luas berkaitan isu perundangan PDRM boleh membantu pasukan menjalankan fungsinya.

“Kementerian Dalam Negeri mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mokhtar di atas komitmen beliau untuk membantu mencari keadilan kepada keluarga mangsa.

“Ia juga selain kesanggupan beliau untuk mengambil kira pandangan awam mengenai keahlian beliau dalam pasukan agar tidak menjejaskan kredibiliti siasatan dan hasil laporan yang akan dikemukakan nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelantikan ahli baharu sebagai pengganti kepada Mokhtar akan dibuat dalam masa terdekat.

Advertisement

Pasukan petugas khas itu dipengerusikan oleh Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd. Rahim Uda.

Ahli lain dalam pasukan itu ialah Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM, Datuk Zamri Yahya dan Pengarah Bahagian Operasi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Datuk Muhammad Bukhari Ab. Hamid.

Dua lagi ahli ialah, Pegawai Undang-Undang Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Mohd. Sophian Zakaria dan Setiausaha Bahagian Suruhanjaya Pasukan Polis (SSP) Kementerian Dalam Negeri, Mohd. Russaini Idrus.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pasukan juga akan menyiasat semula laporan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Tempoh selama enam bulan diberikan untuk melakukan siasatan dengan kes Amri akan didahulukan kerana kes melibatkan kehilangan Raymond masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Advertisement

-Memetik laporan sinar harian

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel