Connect with us

Terkini

Najib kata AS gugur dakwaan tapi Malaysia tetap dakwa Riza 5 tuduhan ‘cuci’ wang

Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini mengkritik kerajaan berhubung kes pelucuthakan terhadap anak tirinya Riza Aziz.

Najib berkata walaupun dakwaan telah digugurkan oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ) tetapi Malaysia tetap mendakwa Riza Aziz atas 5 tuduhan “cuci” wang.

Loading…

“Kerajaan PH telah dakwa anak tiri saya, Riza Aziz, di mahkamah hari ini kerana disyaki “cuci” wang.

“Dia bukan didakwa curi wang, menyeleweng ataupun salahguna kuasa. Tetapi “cuci” wang.

Advertisement

“Lima tuduhan hari ini adalah ke atas lima pindahan wang pelabur ke akaun bank syarikat filem dia iaitu Red Granite Holdings.” Kata Najib menerusi hantaran di Facebooknya.

Najib juga berkata Riza Aziz tidak pernah didakwa oleh DoJ dengan kes jenayah selepas 4 tahun penyiasatan walaupun Red Granite Holdings, syarikat milik Riza berpangkalan di AS dan sebilangan transaksi berlaku di negara itu.

“Kesemua dakwaan-dakwaan itu adalah transaksi yang berlaku di luar negara dan melibatkan pelabur asing serta bank asing.

“Tidak ada satu pun transaksi berlaku dalam Malaysia.

“DOJ Amerika Syarikat pernah menyaman Riza dengan saman sivil lucuthak tentang lima-lima transaksi ini kerana mendakwa ada dana dari pelabur yang didakwa boleh dikesan sumbernya dari 1MDB.

Advertisement

“Riza tidak pernah didakwa oleh DOJ dengan kes jenayah setelah 4 tahun DOJ siasat walaupun syarikat Riza itu berpangkalan di Amerika Syarikat dan sebilangan transaksi itu berlaku di Amerika Syarikat dan melibatkan bank Amerika Syarikat.

“Segala pelaburan filem ada perjanjian pelaburan masing-masing.

“Saya difahamkan juga sebahagian daripada dana pelaburan itu juga dipulangkan setelah projek berjaya,” kata Najib lagi.

Najib berkata demikian mengulas 5 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta oleh Mahkamah Sesyen hari ini terhadap Riza melibatkan 5 pindahan wang ke akaun bank Red Granite.

Najib juga berkata kes lucuthak tersebut telah pun digugurkan oleh DOJ selepas Riza membayar sejumlah wang melalui perjanjian penyelesaian.

Advertisement

“Malah kes lucuthak Riza telah digugurkan oleh DOJ setelah mencapai perjanjian penyelesaian di mana Riza membayar US$60 juta kepada DOJ.

“Difahamkan bahawa dana US$60 juta ini juga telah dihantar oleh DOJ kepada kerajaan Malaysia dua bulan lalu, siap bergambar lagi.” Kata Najib seperti menyindir kerajaan PH.

Riza Aziz 42, hari ini mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah USD248 juta (RM1.25 bilion), hasil daripada penyelewengan 1MDB .

Riza Aziz diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin warganegara Malaysia.

Mahkamah turut memerintahkannya membayar jaminan itu hari ini selain mengarahkan kesemua pasport yang dimiliki pemilik syarikat Red Granite Pictures itu diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 9 Ogos untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen. – Malaysian Update

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel