Connect with us

Mahkamah

Najib tandatangan draf pindahan SRC ke MKD sambil berdiri, kata saksi

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani draf memorandum berhubung permohonan pemindahan syarikat SRC International Sdn Bhd untuk diletakkan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) sambil berdiri di tepi kereta.

Bekas Timbalan Ketua Perbendaharaan Dasar, Kementerian Kewangan Datuk Mat Noor Nawi berkata, beliau menemui Najib untuk menandatangani draf itu di kawasan bersebelahan Balai Menunggu, Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja (TUDM), Subang pada 3 Februari 2012.

Loading…

“Kereta yang bawa Perdana Menteri ketika itu berhenti bersebelahan Balai Menunggu. Saya keluar dari Balai Menunggu ke kereta tersebut… di tepi kereta tersebut dan Perdana Menteri ketika itu meneliti kandungan memo ini sambil berdiri bersebelahan kereta.

Selepas meneliti keempat-empat muka surat, beliau tandatangan dan buat catatan atas muka pertama memo itu sambil letak draf memo di atas bonet depan kereta. Di situ beliau tandatangan memo tersebut,” kata saksi pendakwaan ke-44 itu semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Datuk Suhaimi Ibrahim.

Advertisement

Saksi itu berkata demikian pada perbicaraan kes Najib yang menghadapi tujuh tuduhan berhubung penyelewengan wang SRC berjumlah RM42 juta.

Mat Noor, 64, dalam keterangannya berkata beliau sebelum itu diberitahu pegawai 1MDB, dikenali dengan nama Zahid Taib bahawa Najib ingin melihat draf dokumen pengambilalihan SRC itu sehari sebelumnya.

Suhaimi: Pada masa itu Zahid dengan Datuk?

Mat Noor: Zahid pada masa itu berdiri bersebelahan dengan saya, tidak side by side tapi dekat dengan saya.

Suhaimi: Datuk banyak kali sebut nama Zahid, siapa Zahid ini.

Advertisement

Mat Noor: Zahid bin Taib iaitu kakitangan 1MDB, jawatannya government liason officer. Beliau merupakan penghubung antara 1MDB dalam banyak hal. Beliau banyak juga berurusan dengan saya ketika saya berkhidmat di EPU dulu.

Terdahulu, Mat Noor dalam keterangannya berkata Najib membaca draf memorandum yang diserahkan kepadanya pada setiap perenggan.

“Beliau telah membaca draf ini setiap perenggan, setiap muka surat, to my surprise, sebelum beliau sign di atas muka surat pertama beliau (Najib) sudah membuat catatan bersetuju dengan cadangan pemindahan itu. Satu lagi, draf surat ini tidak ada kepala surat saya sebagai TKSP dan yang kedua, ia tidak ada cop Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan.

“Oleh itu, saya balik ke pejabat dan berjumpa dengan Setiausaha Sulit Kanan Kementerian Kewangan Datuk Sheikh Mohd Fuzi untuk mendapatkan cop Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Sebelum itu, saya sudah serahkan kepadanya salinan asal draf memorandum yang tiada kepala surat dan tarikh serta surat sama yang ada kepala surat TKSP,” kata saksi itu lagi.

Advertisement

Kepada soalan lain, saksi itu berkata pada pengetahuannya pemindahan SRC daripada 1MDB untuk diletakkan di bawah MKD dibuat tanpa melaksanakan “due diligence” (kajian kemungkinan).

Suhaimi: Mengikut syor di para 8, menyatakan bahawa due diligence dilakukan selewatnya akhir 2012, untuk pastikan nilai sebenar pelaburan kerajaan dalam SRC. Sehingga Datuk ditukarkan, ada atau tidak due diligence ini dilaksanakan?

Mat Noor: Sepanjang yang saya tahu ia tidak dilaksanakan. Hingga saya berpindah pada November 2012.

Suhaimi: Ia tidak dilaksanakan. Tahu kenapa?

Mat Noor: Saya pun tak tahu sebabnya

Advertisement

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel