Connect with us

Terkini

Panggil Azmin ‘semburit’, Ahli PKR gesa tindakan ke atas Farhash

Sekumpulan anggota PKR yang tidak berpuas hati dengan laungan ‘Azmin semburit’ telah meminta Lembaga Disiplin parti mengambil tindakan disiplin ke atas setiausaha politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Mubarak.

Menurut bekas Timbalan Ketua Penerangan PKR Selangor, K Gunasekaran yang membuat laporan itu berkata, Lembaga Disiplin PKR perlu mengambil tindakan terhadap Farhash sebagai pengajaran kepada akar umbi lain supaya menghormati kepemimpinan dan juga parti. 

Loading…

Gunasekaran juga berkata setiausaha politik Anwar itu jelas melontarkan perkataan itu melalui video dan laporan-laporan di media.

“Sebagai ahli parti, saya sudah melalui lembaga disiplin. Beliau akan dipanggil dan jika benar perkataan itu, tidak perlu 90 hari.

Advertisement

“Hal ini boleh disiasat dalam masa sehari. Tindakan mesti diambil sama ada pecat atau gantung.

“Gantung sama ada dua atau empat tahun, terpulang kepada parti,” tegas K. Gunasekaran.

Selain Gunasekaran, Naib Ketua Cabang Ampang, D Nallan, juga turut mendesak agar Farhash segera dipecat.

Farhash Wafa Salvador Mubarak

Beliau berkata terdapat bukti-bukti yang jelas menunjukkan Farhash melaungkan ungkapan berkenaan.

“[…] Media semua dah ada (rakaman). Pecat saja, tak payah tunggu.

“Kalau tak ada bukti, tak apalah. Siasatlah, nak 90 hari ke, 180 hari ke, setahun pun tak apa. Tapi bila dah timbalan presiden disebut macam tu, (sedangkan) beliau dah memimpin parti selama 20 tahun, tak sepatutnya ayat tu digunakan depan awam,” katanya kepada pemberita ketika menjawab soalan tentang tindakan yang dirasakan paling wajar diambil lembaga disiplin terhadap Farhash.

Advertisement

Terdahulu, Farhash yang baru dibebaskan daripada reman di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi melontarkan perkataan itu sewaktu mengakhiri ucapan kepada sekumpulan penyokongnya dengan laungan “Azmin semburit”, selepas laungan “Reformasi” dan “Anwar for PM”. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel