Connect with us

Terkini

PAS-Umno pertahan Tun Mahathir hingga habis penggal – Hadi

PAS dan Umno mengambil pendirian sama bagi mempertahankan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia, sehingga habis tempoh PRU14 ini. Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Kerajaan PH yang menang dan memerintah negara hari ini hakikatnya didominasi oleh pemimpin bukan Islam. 

Malah katanya, dominasi parti orang Melayu Islam yang berada dalam parti pelbagai kaum seperti PKR, DAP dan PAN tidak berwajah kepimpinan orang Islam. 

Loading…

“Tinggal Bersatu 11 kerusi, dan kedudukan yang tidak kuat dalam kerajaan (PH) itu. Kita (PAS) tahu pertembungan itu berlaku, apa Tun (Mahathir) nak buat? Tun memang kehebatan dia itu ada.  

“Dia (Mahathir) mempertahankan apa, ini, itu tetapi dia (Bersatu) macam satu parti keseorangan jadi kita perlu (melihat) dengan sebab itu mengambil sikap sama dengan Umno mempertahankan Tun jadi Perdana Menteri sehingga habis penggal.  

Advertisement

“Itu pendirian kita (PAS). Sama.. Tun (Mahathir) jadi PM (Perdana Menteri) sehingga habis penggal. Bila nak buat pilihan raya? itu terpulang kepada dia lah, biar dia habis penggal ini,” tegasnya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita di kediamannya, selepas menyampaikan Kuliah Dhuha Pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang, semalam. 

Hadir sama dalam sidang media itu, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Kuala Terengganu, Jefri Chua yang juga Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tiong / Cina di Kuala Terengganu. 

Menurut Dato’ Seri Abdul Hadi, penyatuan orang Melayu Islam Bumiputera itu amat penting tetapi dalam masa sama tidak menafikan hak kaum bukan Islam. 

Justeru, katanya PAS mengamalkan sikap terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang tidak ‘ekstrem’ masa kini. 

Advertisement

“Penyatuan orang Melayu Islam Bumiputera ini sangat penting dan dalam masa sama, tak boleh menafikan kaum bukan Islam.  

“Sebab itu kita (PAS) mengambil kira parti bukan Islam yang tidak ‘ekstrem’, yang tidak ekstrem seperti MIC, seperti MCA seperti PBS (Parti Bersatu Sabah) yang sikapnya agak terbuka seperti Parti Gagasan Sarawak (PGS) yang tidak ekstrem, itu kita boleh terima. 

“Ini sepatutnya acuan yang kita buat untuk Malaysia, yang kita gabungkan, ini perlu diusahakan dan ini yang sangat penting,” jelasnya. 

Ahli Parlimen Marang itu turut ditanya sejarah PAS pernah ditendang keluar oleh BN di mana Umno dahulunya lawan PAS dan sekarang ini ramai pemimpin Umno dibicarakan kerana bersabit kes rasuah, untuk PAS hadamkan situasi itu. 

Kata Dato’ Seri Abdul Hadi, PAS menghadamkan semua permasalahan itu dengan konsep dan pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS). 

Advertisement

“Kita (PAS) menghadamkan dengan hujah politik matang dan sejahtera. Mereka yang bersalah, tetap bersalah dan keutamaan adalah membetulkan politik negara. 

“Yang salah-salah lain itu kita (PAS) tak nafi tetapi menyelamatkan politik negara dengan dominasi Melayu-Islam ini sangat penting dan perlu diutamakan,” tegasnya kepada pemberita. – Harakah Daily

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel