Connect with us

Terkini

Pekida tak bantah lucut hak wang RM140,000

Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) hari ini tidak membantah terhadap permohonan notis usul dikemukakan pendakwa raya bagi melucut hak wang RM140,000 milik persatuan itu yang disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam Nor Zabetha Muhammad Nor, yang mewakili Pekida selaku responden berkata Pekida cuba untuk menyelesaikan kes itu dan surat representasi telah dihantar kepada SPRM pada 1 Julai lepas bagi memaklumkan anak guamnya tiada bantahan terhadap permohonan berkenaan.

Loading…

“Bagaimanapun, pihaknya masih belum menerima jawapan berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, T. Kavita hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Farah Yasmin Salleh mengesahkan surat representasi telah dihantar oleh responden dan memaklumkan representasi tersebut masih dalam pertimbangan.

Advertisement

“Mahkamah kemudiannya menetapkan 21 Ogos untuk pengurusan kes bagi mendapatkan perkembangan mengenai surat representasi yang dihantar oleh Pekida,”katanya.

Sementara itu, bagi kes melucut hak wang RM407,000 membabitkan Yayasan Penyelidikan Transformasi (FORT), Farah Yasmin memaklumkan bahawa tiada peguam atau wakil daripada pihak yayasan hadir dalam prosiding hari ini.

“Kes berkenaan ditetapkan untuk pendengaran pewartaan pada 6 Ogos depan,” katanya.

Farah Yasmin turut memaklumkan kes melucut hak wang RM170,000 membabitkan Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia (GBG1M) ditetapkan untuk pengurusan kes pada 21 Ogos depan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dalam sidang akhbarnya baru-baru ini berkata permohonan perlucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Advertisement

Latheefa berkata tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) di mana suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. – Bernama  

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel