Connect with us

Terkini

Pemimpin PKR gesa tindakan terhadap Farhash, tuduh Azmin terlibat semburit

Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak sepatutnya diambil tindakan disiplin oleh parti kerana mengeluarkan tuduhan terbuka di khalayak ramai terhadap Timbalan Presiden Azmin Ali.

Ketua Wanita PKR Haniza Talha berkata, kenyataan Farhash sejurus dibebaskan daripada tahanan polis bertentangan dengan seruan Presiden Anwar Ibrahim sewaktu temu rapat, supaya mengukuhkan disiplin dan perpaduan parti.

Loading…

“Itu tuduhan secara terbuka di hadapan khalayak ramai dan media terhadap pemimpin nombor 2 parti. Perbuatan itu patut diambil tindakan disiplin.

“Pemimpin seperti Farhash yang mengetuai sebuah negeri wajar menunjukkan kematangan dan bukannya melepaskan perasaan dan emosi apabila berdepan dengan tekanan,” katanya kepada FMT.

Advertisement

Terdahulu, Farhash yang juga merupakan setiausaha politik Anwar melaungkan “Azmin semburit” sewaktu mengakhiri ucapannya di hadapan IPD Dang Wangi, semalam.

Menurut laporan portal Free Malaysia Today lagi, Farhash sebelum itu menyeru polis menahan Azmin bagi mengesahkan kredibiliti siasatan yang dilakukan selain mempersoalkan keperluan pihak berkuasa menahan remannya selama 8 hari.

Perkembangan itu mendorong Farhash untuk percaya ada konspirasi dalam peristiwa melibatkan video seks sejenis membabitkan Haziq Aziz dan seorang lagi individu dikatakan mirip Azmin.

“Pertama sekali, tiada laporan polis dibuat terhadap saya, lagipun wajah saya tak mirip Azmin Ali,” kata Farhash.

Sementara itu, Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh Afif Bahardin berkata, sewajarnya Farhash percaya kepada sikap profesionalisme polis dan menyerahkan isu dibangkitkannya itu kepada pihak berkuasa.

Advertisement

“Dia sedang disiasat polis, kita serah pada polis. Kita yakin dan percaya pada profesionalisme dan integriti polis untuk menyelesaikan perkara ini terutamanya merungkai dalang di sebalik pakatan jahat,” katanya.

Jelas Afif, ahli dan pemimpin PKR ketika ini seharusnya bersatu hati bagi menolak sebarang bentuk politik jijik dan kotor yang dikaitkan dengan pemimpin dalam parti.

“Namun, mereka yang terus bersekongkol dengan anasir pemecah belah parti ini wajib disingkir dan dinyahkan dari parti keramat PKR,” katanya.

Pada 12 Jun lalu, Haziq yang juga bekas ketua Pemuda PKR Santubong menggemparkan negara dengan pengakuan beliau terbabit dalam klip video seks sejenis di sebuah hotel di Sandakan, Sabah.

Haziq menamakan Azmin sebagai pasangannya dalam video itu. Azmin pula menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu yang disifatkannya komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel