Connect with us

Terkini

Pengisytiharan harta lembaran baru politik negara

Langkah kerajaan mewajibkan semua anggota parlimen, termasuk pembangkang mengisytiharkan harta masing-masing merupakan satu langkah bijak dalam membuka lembaran baru politik negara.

Beberapa bekas wakil rakyat percaya langkah itu membolehkan pihak berkuasa mengesan mana-mana aset dan harta baharu yang dimiliki anggota parlimen khasnya yang berjawatan tinggi dalam parti politik.

Bekas anggota parlimen Kota Tinggi yang juga bekas menteri luar Syed Hamid Albar berkata langkah itu perlu disambut baik kesemua anggota parlimen untuk membuktikan ketelusan berkaitan hal kewangan dan pemilikan aset mereka.

Loading…

“Saya fikir ia langkah baik … bagi mengangkat imej anggota parlimen. Rakyat boleh tahu bagaimana dan bila mereka memilik aset, sebelum atau selepas (menjadi ahli parlimen),” katanya ketika dihubungi Bernama.Iklan

Advertisement

Dewan Rakyat pada 1 Julai lepas sebulat suara meluluskan usul mewajibkan semua anggota parlimen mengisytiharkan harta masing-masing.

Berdasarkan usul itu, semua anggota parlimen, perlu mengisytiharkan harta mereka selain isteri atau suami, anak serta pemegang amanah dalam akuan berkanun.

Akuan berkanun terbabit kemudiannya perlu dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh usul itu dipersetujui dan salinannya kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Senarai nama anggota parlimen yang mengisytiharkan harta akan dipaparkan dalam portal SPRM dan hanya butiran pengisytiharan harta sahaja yang akan dipaparkan di portal berkenaan selama tempoh tiga bulan daripada tarikh penerimaan akuan berkanun oleh SPRM.

Anggota parlimen yang gagal berbuat demikian akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengikut Peraturan Mesyuarat 80 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat kerana melanggar hak dan keistimewaan majlis.

Advertisement

Jika anggota parlimen didapati membuat perakuan tidak benar, individu itu tertakluk kepada Seksyen 3 Akta 783 dan Seksyen 199 Kanun Keseksaan, yang jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda.

Mengulas mengenai langkah yang sama, bekas anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas (Johor) Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat berkata langkah itu sememangnya baik dan wajar disambut tanpa berbelah bahagi.

Tegasnya, apabila seseorang wakil rakyat itu mengisytiharkan harta mereka, ia memudahkan pihak berkuasa mengesan mana-mana pergerakan atau aliran masuk wang tunai atau aset baharu yang dimiliki.

“Sememangnya ia langkah yang baik untuk kesan dari mana datang duit atau kekayaaan yang tiba-tiba diperolehi khasnya yang baru sepenggal (berkhidmat sebagai MP),” tambahnya.

Sementara itu, Adun Jeram Mohd Shaid Rosli mencadangkan agar ADUN serta keluarga ADUN juga perlu mengisytihar harta dalam mengekang elemen rasuah pengubahan wang haram.

Advertisement

“Menteri dan Adun perlu memberi penjelasan sekiranya kekayaan mereka melebihi pendapatan mereka. Kita perlu memaksa hal ini sebagai undang-undang. 

“Ini menunjukkan ketelusan kerajaan dalam Malaysia baru dan membanteras rasuah di kalangan anggota parlimen dan juga Adun,” tambahnya. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel