Connect with us

Terkini

Penyanyi lagu Syantik selamat dinikahkan dengan pasangannya

Semalam penyanyi yang terkenal dengan lagu Syantik, Siti Badriah, selamat dinikahkan dengan pasangannya yang juga seorang pelakon, Krisjiana Baharudin.

Ijabkabul itu berlangsung sekitar pukul 9 pagi (25/7/2019) di kediaman ibu bapanya di Bekasi, Jawa Barat.

Menurutnya dia memilih lokasi itu sebagai tempat untuk melangsungkan pernikahannya kerana ia adalah permintaan ibu bapanya.

Loading…

“Dari awal lagi, saya sudah beritahu bahawa lokasi ini dipilih kerana permintaan ibu bapa.” Katanya.

Advertisement

Tambahnya lagi, dia merupakan anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan. Jadi kedua ibu bapanya mahu rumah itu menjadi tempat anak mereka dinikahkan.

“Ya, saya satu-satunya anak perempuan dan paling bongsu. Jadi, mereka ingin rumah ini digunakan untuk akad nikah,” jelasnya lagi.

Memetik laporan Harian metro lagi meskipun lokasinya adalah lorong kecil namun beberapa perhiasan telah menjadikan tempat itu nampak meriah dan sesuai untuk dijadikan lokasi akad nikah.

Pasangan pengantin itu menjadikan warna putih dan krim sebagai tema majlis pernikahan mereka.

Majlis resepsi mereka bakal dilangsungkan di Tapos, Puncak, Jawa Barat pada 27 julai 2019. – Malaysian Update

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel