Connect with us

Terkini

Pergeseran dalam PKR bukan perkara baru, tidak jejas PH – Khalid Samad

PUTRAJAYA – Pergeseran dalam PKR bukan perkara baru dan walaupun begitu ia tidak pernah melemahkan kesepakatan rakan Pakatan Harapan (PH) yang lain untuk mentadbir negara.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abd Samad berkata pentadbiran kerajaan berjalan seperti biasa.

Loading…

“Soal pergeseran itu ianya dalam PKR bukan cerita baru, dah lama dah tetapi ia tidak halang kita capai kejayaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

“Saya rasa semua faham nak gaduh macam mana pun akhirnya kita semua kena jaga PH dan parti supaya amanah rakyat dapat kita penuhi,” katanya kepada media di sini hari ini.

Advertisement

Khalid berkata demikian bagi mengulas mengenai pertelingkahan antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin ketika ini.

Terdahulu Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

MoU tersebut ditandatangani Pengarah MSWP Dr Hasnul Faizal Hushin dan Ketua Pegawai Eksekutif YWP Zaizalnizam Zainun.

Khalid berkata pemeteraian MoU itu bertujuan mewujudkan kerjasama antara MSWP dan YWP bagi merealisasikan agenda pembangunan sukan di Wilayah Persekutuan yang turut merangkumi penubuhan Tabung Amanah Sukan Wilayah Persekutuan, pengurusan kemudahan sukan, program latihan atlet, bantuan kebajikan dan pendidikan atlet serta bantuan penganjuran dan penyertaan atlet ke kejohanan sukan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

“Dengan penubuhan Tabung Amanah Pembangunan Sukan Wilayah Persekutuan ini akan memberi peluang kepada pihak swasta untuk bersama-sama menjadi rakan penaja.

Advertisement

“YWP akan membantu memastikan rakan-rakan penaja akan diberikan pertimbangan potongan cukai yang sewajarnya di atas sumbangan mereka,” katanya. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel