Connect with us

Terkini

PH perlu menang 30 kerusi Parlimen Melayu – Mat Sabu

Pakatan Harapan (PH) perlu memenangi sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen di kawasan majoriti orang Melayu agar dapat mengimbangi kerusi antara kaum, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Mohamad berkata ia penting agar tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak bahawa kerajaan persekutuan kini hanya dikuasai oleh satu kaum sahaja dapat ditepis.

Loading…

“Sekarang kerajaan dituduh (diperintah oleh) majoriti satu kaum (sahaja) jadi lebih harmoni kalau dapat ditambah 30 (kerusi majoriti orang Melayu) ke atas.

“InsyaAllah ada harapan ke arah itu tambahan pula perpindahan ahli kepada Bersatu, Amanah dan PKR) yang semakin ketara ketika ini,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Amanah kawasan Tumpat kali ke-4 di Dewan Kompleks Perpaduan, Terbak di Tumpat, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Ketua Amanah Tumpat Wan Mohd Johari Wan Omar.Mengulas lanjut, Mohamad berkata justeru rakan komponen PH yang berteraskan orang Melayu perlu bekerja keras terutama di kawasan pantai timur dan utara tanah air dalam merealisasikan hasrat berkenaan.

“Yang kita yang belum banyak lagi menang terutama di Kelantan, Terengganu, Pahang dan beberapa (kawasan) di Kedah. Jadi di sini perlu Amanah, Bersatu dan PKR perlu tambah kerusi mereka. DAP dah menang hampir kesemua (kerusi Parlimen) yang diperuntukkan kepada mereka,” katanya.

Ditanya mengenai pendapat Naib Presiden Amanah Husam Musa yang mahu Muhyiddin Yassin dipilih sebagai timbalan perdana menteri selepas Anwar Ibrahim menjawat jawatan perdana menteri selepas ini, Mohamad berkata ia merupakan pendapat peribadi beliau.

“Itu pandangan peribadi dia, kita tak ada masalah. Sesiapa saja boleh keluarkan pandangan… itu hak masing-masing untuk bercakap,” katanya.-Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel