Connect with us

Terkini

Pindaan turun had umur mengundi dibentang hari ini

Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun akan dibentang bagi bacaan kali pertama pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 itu bakal dibentangkan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas sesi soal jawab lisan.

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Difahamkan bacaan kali kedua serta perbahasan RUU itu akan dilakukan pada sidang Dewan kali ini yang berlangsung sehingga 18 Julai.Pindaan itu memerlukan sokongan dua pertiga atau sekurang-kurangnya 148 daripada 222 Anggota Parlimen untuk diluluskan.

Dalam pada itu, sidang Dewan juga dijangka hangat dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman (Pindaan) 2019, yang bertujuan bagi meniadakan kesalahan berkaitan protes jalanan.

Advertisement

Sidang Dewan yang bermula pada 10 pagi ini turut sarat dengan pelbagai isu yang dibangkitkan Anggota Parlimen bagi dijawab menteri bertanggungjawab pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri dan soal jawab lisan.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Antaranya melibatkan pertanyaan Azalina Othman Said (BN-Pengerang) mengenai tragedi pencemaran di Pasir Gudang, Wong Chen (PH-Subang) berhubung pendirian kerajaan terhadap pemindahan kuasa untuk melantik Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kepada Parlimen serta Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) mengenai bilakah penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis akan dilaksanakan.

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel