Connect with us

English

Safiey Ilyas mengaku tidak salah atas dakwaan cederakan seorang ‘instafamous’

Safiey Ilyas, seorang usahawan kosmetik tidak pernah lekang dari kontroversi membabitkan dirinya.

Pernah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan telah bergaduh dengan seorang ‘instafamous’, iaitu Baby Ara pada tahun lalu.

Dia yang dihadapkan ke mahkamah, hari ini, atas tuduhan mencederakan ‘instafamous’ terbabit bagaimanpun mengaku tidak salah.

Loading…

Pengakuan terbabit dilakukan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tawfiq Affendy Chin.

Advertisement

Safiey, atau nama sebenar Mohd Saifuddin Ilias, 25, didakwa menyebabkan cedera parah terhadap Farahnazikha Karab Hussain, 25, di sebuah restoran di Jalan Liew Wen Chee, AU2, Kuala Lumpur, pada jam 1.30 pagi, 15 Januari 2018.

Atas dakwaan terbabit, megikut sekyen 325 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan Safiey juga boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dikemukan oleh Pendakwa Raya, B. Rajdeep Singh. Berdasarkan sumber Harian Metro, terdahulu Rajdeep menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Peguam bela Safiey, Harjeet, bagaimanapun memohon jaminan yang rendah untuk anak guamnya atas alasan Safiey telah memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan kes berjalan. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel