Connect with us

Terkini

Sahut seruan Tun M, Norman KRU sertai Bersatu

KUALA LUMPUR – Seruan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar orang Melayu bersatu disambut oleh selebriti tanah air, Datuk Norman Abdul Halim atau Norman KRU yang membuat keputusan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai ahli seumur hidup.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya dalam laman Facebook miliknya, hari ini.

Loading…

“Setelah Tun (Dr. Mahathir Mohamad) mempelawa orang Melayu supaya bersatu, Datuk Norman Abdul Halim telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli Bersatu seumur hidup kepada saya hari ini,” katanya hari ini seperti dilapor Sinar Harian.

Borang permohonan Norman yang juga Presiden Eksekutif KRU Studios diserahkan kepada Abu Bakar dalam satu majlis tengah hari tadi.

Advertisement

Dr Mahathir ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Johor, Jumaat lalu mempelawa supaya semua parti politik Melayu tempatan untuk menyertai parti berkenaan bagi menguatkan kuasa politik kaum itu.

Pengerusi Bersatu itu berkata, bangsa Melayu dilihat terus berpecah dengan penubuhan parti Melayu baharu di negara ini.

Dr Mahathir sempat melahirkan kebimbangan perpecahan itu akan terus berlaku sehingga mencecah 100 parti namun Melayu tidak akan pernah menang.

“Kita telah berpecah, kita jadi lemah. Bercerai roboh, bersatu teguh tapi kita dapati ada yang mahu buka parti baharu lagi.

“Sudah jadi enam (parti). Tak lama lagi jadi 10 atau 100 parti. Satu parti ada 30 orang, nak menang macam mana?,” katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel