Connect with us

Berita Lain

‘Saya sangat bangga darah Malaysia mengalir dalam tubuh anak saya’ – Rihana Oksana

Bekas ratu cantik Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko yang dikaitkan pernah menjadi isteri Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkata dia akan membesarkan anak lelakinya dengan sempurna dan dia juga berbangga kerana dalam tubuh anak lelakinya yang dinamakan Leon mengalir darah Malaysia.

“Saya akan lakukan apa sahaja untuk membesarkannya (Leon) selayaknya dengan kasih anda semua,

Loading…

“Dalam hidup saya terpaksa menghadapi pelbagi kejahatan, tipu daya dan hasad dengki tetapi anda yakinkan bahawa masih ada kebaikan dalam dunia ini,” tulis Rihana Oksana Petra melalui Instagram peribadinya @Rihanapetra hari ini.

Rihana juga berkata dia tidak dapat menahan air mata ketika menulis posting ini kerana tangisan kegembiraan dan kesyukuran dan memberitahu pengikutnya bahawa usia Leon telah genap dua bulan hari ini.

Advertisement

Terdahulu peguam kepada Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua sebelum ini membuat pengesahan mengenai cerai talak tiga Sultan Kelantan ke atas Ratu Cantik Moscow itu.

“Kami ialah peguam untuk Sultan Muhammad V. Dimaklumkan bahawa baginda telah bercerai talak tiga dengan Rihana Oxana Gorbatenko pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang Syariah dan Mahkamah Syariah Kelantan telah mengeluarkan Surat Perakuan Perceraian pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002.

“Kami juga memohon semua pihak menghormati privasi baginda,” katanya melalui firma guaman Eversheds Harry Elias LLP yang berpangkalan di Singapura sekali gus menjawab pelbagai teka-teki melibatkan status perkahwinan Sultan Muhammad V dengan Rihana.

Sebelum ini spekulasi berkenaan penceraian Sultan Muhammad V dengan Rihana bermula selepas sijil penceraian yang dilengkapi dengan nombor siri tersebar, namun Rihana kemudian memberitahu kepada sebuah portal berita bahawa dia tidak pernah mendengar secara peribadi sebarang talak telah dijatuhkan. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel