Connect with us

Mahkamah

Skandal 1MDB: Warta notis pihak ketiga dalam masa dua bulan

KUALA LUMPUR – Notis kepada pihak ketiga yang mempunyai kepentingan ke atas wang yang disita daripada sembilan pihak termasuk dua individu, parti UMNO dan beberapa syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), akan diwartakan dalam masa dua bulan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrance Sequerah menetapkan sebelum atau pada 4 September untuk pihak pendakwaan mewartakan notis itu, selepas Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim memohon tempoh dua bulan untuk pihaknya selaku pemohon melaksanakan proses pewartaan berkenaan.

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tarikh sama ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Sembilan pihak itu ialah bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam, ahli perniagaan Tan Sri Bustari Yusuf, Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Yayasan Permata Malaysia, Parti Liberal Demokratik Sabah, Jakel Trading, Mediaedge Cia Malaysia Sdn Bhd dan Yayasan Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM).

Advertisement

Proses pewartaan notis berkenaan dibuat mengikut Seksyen 56(1) dan 61(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Pewartaan notis kepada pihak ketiga bermaksud pihak ketiga yang mempunyai kepentingan dan mahu menuntut harta yang dirampas daripada kesembilan responden itu harus hadir atau melalui peguam di hadapan Mahkamah Tinggi pada tarikh yang ditetapkan.

Pada 19 Jun lepas, Pendakwa Raya menfailkan notis usul terhadap tujuh responden lain berhubung pelucutan hak wang berjumlah lebih RM216 juta yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Tujuh pihak itu ialah UMNO; bekas Ahli Parlimen Paya Besar Allahyarham Datuk Seri Abdul Manan Ismail; Wanita MCA; syarikat pengurusan acara, Binsabi Sdn Bhd; syarikat pelaburan, Perano Sdn Bhd; Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah dan bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek selaku responden.

Dalam notis usul itu, Pendakwa Raya memohon suatu perintah daripada Mahkamah Tinggi supaya disiarkan satu notis dalam warta di bawah Seksyen 61(2) AMLATFPUAA) 2001, bagi memanggil semua pihak ketiga yang menuntut apa-apa kepentingan dalam harta yang dirampas daripada semua responden untuk hadir atau melalui peguam di hadapan Mahkamah Tinggi pada tarikh yang akan ditetapkan.

Advertisement

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya pada sidang akhbarnya sebelum ini berkata, permohonan perlucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Latheefa berkata, tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) di mana suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.- Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel