Connect with us

Terkini

SPRM tahan Riza Aziz, akan didakwa esok

Anak tiri Najib Razak, Riza Aziz yang juga Penerbit filem Riza Aziz dilaporkan ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia petang tadi.

Menurut sumber seperti dilaporkan portal berita Free Malaysia Today, Riza bakal didakwa sebagai pemilik Red Granite Pictures atas lima pertuduhan menerima wang haram dari sebuah syarikat.

Loading…

“Dia perlu hadir di mahkamah esok untuk berdepan tuduhan mengikut Amla (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001),” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya seperti dipetik Malaysiakini.

Syarikat tersebut juga didakwa mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho.

Advertisement

Anak tiri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada esok.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel