Connect with us

Mahkamah

Tajuddin disaman Anthony Loke, Pua

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman kerana mendakwa DAP cuba menghapuskan sistem raja-raja di Malaysia.

Memetik laporan Malaysiakini, surat saman mereka difailkan oleh firma guaman Tetuan Ezzah & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Mac lalu.

Loading…

Loke yang juga Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP dan Pua yang merupakan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, menyaman ahli Majlis Tertinggi Umno itu berhubung ucapannya di Kampung Jawa pada malam sebelum pilihan raya kecil Parlimen Sungai Kandis pada 3 Ogos tahun lalu.

Kedua-dua pemimpin DAP itu berkata, Tajuddin dalam ucapannya mendakwa mereka merupakan penganut Kristian yang bersama rakan mereka dalam DAP berusaha untuk bukan sahaja menyebarkan agama itu tetapi juga menghapuskan raja-raja Melayu.

Advertisement

Tajuddin juga didakwa mengatakan mereka berusaha menubuhkan sistem pemerintahan seperti di Singapura yang mana tidak memiliki raja atau sultan.

Selain itu Tajuddin dalam ucapannya juga didakwa mengatakan mereka mahu mendirikan sebuah negara republik.

Dalam kenyataan tuntutan mereka, Loke dan Pua menafikan mereka adalah orang Kristian dan mengatakan kenyataan Tajuddin menggambarkan mereka tidak menjalankan tugas mereka sebagai menteri dan ahli parlimen dan sebaliknya menggunakan kedudukan mereka untuk memperjuangkan agenda politik peribadi.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel