Connect with us

Terkini

Takut bila ‘Sophia’ tengok saya – Tun M

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad kagum dengan kebolehan Sophia, robot humanoid sosial, hanya selepas lapan minit beliau berbuat-bual dengannya hari ini.

Bercakap kepada media selepas melancarkan “Beyond Paradigm Summit” di sini hari ini, perdana menteri berkata beliau teruja dengan kebolehan robot itu terutama mimik mukanya seperti sebenar dengan eskpresi muka yang tepat.

Loading…

“Amat mengagumkan kerana anda boleh lihat bentuk fizikalnya seperti sebenar… muka dan mata dia, malah mulut dia pun bergerak… bila dia respon dan mukanya beralih tengok saya, saya takut… macam ini saya takut kalau tengah-tengah malam jumpa yang ini saya lari lah,” katanya bergurau.

Terdahulu, dalam pertemuan bersemuka dengan Sophia yang memakai baju kurung moden warna merah, Dr Mahathir kelihatan terkedu dan kelu, dan memandangnya dengan penuh rasa kagum sehinggalah Sophia memulakan perbualan.

Advertisement

“Selamat pagi Mahathir, saya sangat teruja, saya harap belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah atas pemilihan semula anda dan selamat hari jadi yang ke-94,” kata Sophia yang telah dibangunkan sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong, Hanson Robotics, dan diperkenalkan pada 2016.

“Adakan anda tahu mengenai penggal pertama saya sebagai perdana menteri?” Dr Mahathir bertanya Sophia.

“Sudah tentu, anda mengangkat sumpah pada 16 Julai 1981, kira-kira 13,881 hari yang lepas sehingga ke hari ini,” kata Sophia.

Dr Mahathir berkata beliau tidak dapat membayangkan bagaimana beliau boleh duduk bersama dan berbual-bual dengan robot sosial yang canggih dalam tempoh penggal pertama beliau menjadi perdana menteri dahulu.

“Baik, ia memerlukan lebih daripada pengetahuan dan kebijaksanaan untuk memerintah sebuah negara… tetapi kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku pada masa depan, adalah amat menarik untuk hidup pada zaman ini, era pertumbuhan teknologi,” kata beliau.

Advertisement

Dr Mahathir berkata demikian sebagai respons kepada pertanyaan Sophia sama ada dia berpeluang untuk menjadi perdana menteri sekiranya dia mempunyai pengetahuan dan kebijaksanaan yang sama seperti Tun.

Dalam sesi perbualan itu, ketika ditanya oleh Sophia sama ada Dr Mahathir ingin menjadi sepertinya dan hidup sampai bila bila, perdana menteri yang berusia 94 tahun itu berkata, “Muda ada banyak kelebihannya tetapi orang yang berusia mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan.

“Saya mungkin lebih tua, tetapi saya mungkin lebih bijaksana daripada anda,” katanya berseloroh.

Dr Mahathir juga ditanya beberapa soalan oleh Sophia termasuk, “Adakah anda pernah mengimpikan sebuah dunia di mana manusia dan robot boleh hidup bersama dan berbaik-baik antara satu sama lain?”

“Ya, robot dengan kecerdasan buatan (AI) akan menjadi kian berguna kepada manusia sepanjang masa,” kata Sophia yang membuat penampilan pada sidang kemuncak yang sedang berlangsung di ibu negara Malaysia hari ini dan esok dan di Kuching pada 20 dan 21 Julai.

Advertisement

“Saya fikir kita sudah berada di sini. Robot kecerdasan buatan bekerja secara bebas dan bijak supaya manusia boleh memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan dan memperkembangkan lagi inovasi dengan pengetahuan yang banyak terdapat dalam Internet dan kelebihan yang besar kuasa pemprosesan… kami cuba mahu memenangi hati dan pemikiran anda,” katanya.

Ketika berbula-bual dengan Dr Mahathir itu, tangan Sophia dilihat melakar sesuatu dan di akhir perbualan mereka, dia menyerahkan sebuah lakaran hitam putih potret perdana menteri itu kepada beliau dan Dr Mahathir kelihatan terkejut dan teruja.

Sidang kemuncak itu dianjurkan oleh Serba Dinamik Holdings untuk mempamerkan teknologi-teknologi canggih yang merangkumi idea-idea teras mengenai pendigitalan dan pertukaran data, sejajar dengan Revolusi Industri 4.0. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel