Connect with us

Terkini

Tanda ‘kemenangan’, Azmin buat majlis kesyukuran Ahad ini

Ahad ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali akan mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.

Jemputan program itu hadir selepas Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mendedahkan hasil laporan analisis pakar ke atas video intim yang melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali 

Loading…

Dalam satu poster, ia diadakan sempena kemenangan menolak politik fitnah ke atas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Majlis doa selamat dan kesyukuran sempena kemenangan menolak fitnah politik terhadap Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,” menurut tulisan di poster berkenaan.

Advertisement

Majlis yang dijadualkan bermula pada 7.00 petang turut menjemput semua jentera parti dan gabungan Pakatan Harapan (PH) untuk hadir.

Mohamed Azmin juga dijangka hadir bersama-sama dengan Menteri Besar Selangor, Aminuddin Shaari.

Terdahulu Abdul Hamid mengesahkan video intim Haziq Abdullah Abdul Aziz yang didakwa melibatkan Mohamed Azmin adalah tulen namun pengecaman wajah individu yang terbabit dalam video tersebut adalah negatif.

Abdul Hamid juga mendedahkan video intim Haziq Aziz dengan individu didakwa melibatkan Mohamed Azmin itu dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel