Connect with us

Terkini

Tuduh KPN menipu, Lokman mengadap Bukit Aman

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam hari ini hadir ke Bukit Aman untuk direkod keterangan.

Ia susulan dakwaannya yang menuduh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menipu berkenaan siasatan kes penyebaran video intim yang didkawa membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Loading…

“Beliau (Abdul Hamid) tidak layak menjadi Ketua Polis Negara kerana tidak berkata benar tentang dapatan forensik CyberSecurity.” Tegas Lokman yang tetap dengan dakwaannya bahawa Ketua Polis Negara tidak bercakap benar.

Lokman mendakwa banyak bukti yang cuba disembunyikan ketika proses siasatan tersebut.

Advertisement

“Berlaku penyembunyian hasil dapatan contoh DNA daripada tilam tersebut. Banyak benda boleh diekstrak sebagai asid deoksiribonukleik (DNA) seperti peluh, kuku dan bulu roma,” kata Lokman lagi seperti dipetik Sinar Harian ketika ditemui pemberita di pekarangan Bukit Aman.

Lokman sebelum ini mencabar Abdul Hamid supaya mengambil tindakan ke atas bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz kerana membuat laporan palsu.

Baca: Lokman dakwa individu dalam video intim ialah Azmin

Abdul Hamid dalam satu kenyataan sebelum ini mengesahkan pelaku dalam video intim mengaitkan Haziq dengan seorang menteri kanan Kabinet yang didakwa sebagai Mohamed Azmin adalah negatif.

Baca: Dituduh ‘penipu’, KPN laporkan Lokman ke polis

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel