Connect with us

Terkini

Tun M: Negara Islam lemah kerana ikut ajaran Islam salah

ANKARA – Banyak negara Islam menjadi lemah akibat daripada mengikut ajaran Islam yang salah, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Akibatnya, orang Islam menjadi orang yang paling lemah di dunia sehingga ke hari ini. Ada satu ketika di mana untuk mempertahankan diri pun kita perlukan bantuan orang lain, khususnya orang Eropah. Ini adalah akibat daripada salah mentafsir ajaran Islam,” katanya ketika berucap pada Majlis Pendidikan Tinggi Turki (Turkish Higher Education Council) di sini pada Khamis.

Loading…

Beliau berkata, banyak orang menterjemah dan mengajar Islam mengikut cara yang tidak begitu Islamik.

“Hari ini kita lihat ada ramai orang jahil…tidak ikut ajaran al-Quran sebagai panduan kita. Kita lebih cenderung mengikut ketua kita, alim ulama, walaupun tafsiran mereka mengenai Islam sebenarnya bertentangan dengan al-Quran.

Advertisement

“Kita melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Islam, dan kita mendakwa ianya untuk kepentingan Islam…tetapi tidak. Kita perlu mengikut prinsip Islam yang diajarkan dalam al-Quran,” kata beliau.

Beliau berkata, umat Islam mundur dalam soal dedikasi selama beberapa abad dan jahil dari segi kemajuan sains.

“Sebaliknya orang Eropah mempelajari ilmu-ilmu orang Islam, yang asalnya ditemui para saintis Islam dan mereka mendapat manfaat daripada ilmu-ilmu berkenaan sedangkan orang Islam mengabaikannya kerana menganggapnya tidak penting,” kata beliau.- Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel