Connect with us

Terkini

Video intim bertujuan politik, halang kejayaan politik individu tertentu – Dr M

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi laman blognya hari ini mengulas mengenai skandal video intim yang didakwa membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mahathir berkata video ini dibuat dan di viral jelas untuk tujuan politik untuk menjatuhkan individu tertentu.

“Saya sering ditanya berkenaan video lucah.

Loading…

“Video ini dibuat dan di viral jelas untuk tujuan politik. 

Advertisement

“Khusus untuk menghalang kejayaan politik individu tertentu. ” jelas Dr Mahathir lagi.

Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata skandal video seks tersebut bertujuan untuk menyingkirkan individu yang telah disasarkan.

“Tindakan yang diharap menyusul tayangan ini ialah penyingkiran individu yang disasar.

“Tindakan ini boleh diambil oleh saya kerana saya berkuasa.

“Apabila saya ambil tindakan ini maka berjayalah pihak yang merancang perbuatan jahat ini,” jelas Dr Mahathir lagi.

Advertisement

Dr Mahathir berkata lagi beliau tidak sanggup diperalatkan oleh pihak yang mempunyai niat jahat dan isu video seks tersebut akan ditangani secara politik.

“Agama saya melarang sengaja mengintip mencari keburukan orang. Apa yang dilakukan lebih buruk dari mengintip.

“Saya tidak sanggup diperalatkan. Jauh sekali oleh perancang yang berniat jahat dan mengguna politik kotor.

“Ini bukan soal moral. Ini adalah masalah politik. Ia akan ditangani sebagai isu politik,” katanya lagi.

Terdahulu Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan video intim Haziq Abdullah Abdul Aziz yang didakwa melibatkan Mohamed Azmin adalah tulen namun pengecaman wajah individu yang terbabit dalam video tersebut adalah negatif.

Advertisement

Baca: Kesetiaan saya ada batasnya, kata Azmin

Abdul Hamid juga mendedahkan video intim Haziq Aziz dengan individu didakwa melibatkan Mohamed Azmin itu dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit. – Malaysian Update

Baca: ‘Saya tahu siapa dalang sebar video’ – Azmin

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel