Connect with us

Terkini

[Video] Tidak sambut salam warga emas, Najib tampil mohon maaf

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta maaf selepas tular video beliau tidak menyambut salam yang dihulurkan seorang warga emas ketika turun padang ke Pulau Pinang baru-baru ini.

Dalam video itu jelas kelihatan seorang lelaki berbaju hijau menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Najib namun tidak dihiraukan.

Loading…

Menerusi satu hantaran di Facebook Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan bagaimanapun berkata dirinya bukanlah seorang yang tidak mesra rakyat.

“Saya ada terima WhatsApp tadi mengenai satu video tersebar saya tidak bersalaman dengan seorang pakcik warga emas.

Advertisement

“Dengan ikhlas saya memohon maaf kepada pakcik,

“Saya tidak berniat begitu dan pada ketika itu dalam minda saya ingin segera menghulurkan sikit tips kepada penyanyi yang kebetulan ada di hadapan gerai.” jelas Najib lagi.

Najib juga berkata jika berkesempatan belaiu ingin menemui kembali lelaki yang ingin bersalaman dengannya itu sama ada di Pulau Pinang atau di sini.

“Mana-mana ahli Umno yang tahu di mana pakcik juga boleh bantu hubunginya dan akan diaturkan satu pertemuan.

Sekali lagi saya ingin mohon maaf kepada pakcik. Semoga kita dapat bertemu tidak lama lagi, Insya-Allah,” katanya lagi. – Malaysian Update

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel