Connect with us

Kemalangan

Wanita sarat mengandung sedang nikmati durian maut terkena renjatan elektrik akibat tangga runtuh

PETALING JAYA, 21 Julai — Seorang wanita, yang sarat mengandung, dan suaminya adalah antara empat yang maut dipercayai terkena renjatan elektrik selepas struktur tangga sebuah rumah dua tingkat runtuh di Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh dekat sini, hari ini.

Ketika kejadian pukul 12.30 tengah hari, Wan Hasheliza Wan Ibrahim, 29, yang mengandung anak sulung, sedang menikmati durian di bawah tangga itu dan tersepit apabila struktur tangga yang dalam pembinaan itu runtuh.

Loading…

Suaminya, Shahril Apipie, 29, dan dua yang lain iaitu Mohd Radezi Abdul Aziz, 35, dan seorang lelaki Indonesia Bambang Sulustio, 39, maut ketika cuba membantu menyelamatkan wanita itu.

“Suami serta dua lagi mangsa yang mendengar jeritan meminta tolong bergegas datang bagi membantu mangsa.

Advertisement

“Malangnya kesemua mereka maut selepas terkena renjatan elektrik dipercayai daripada wayar kabel berdekatan tangga putus,” kata Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Razali Mohd Nasir ketika ditemui di tempat kejadian.

Rumah dua tingkat itu dibahagikan kepada tiga pintu dan pasangan suami isteri malang dari Kelantan itu antara tiga keluarga yang menyewa rumah itu.

Bahagian atas rumah berkenaan dan tangga yang runtuh itu dalam proses pengubahsuaian.

Razali berkata tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 12.57 tengah hari.

“Operasi membawa keluar mangsa dibuat selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik di rumah itu.

Advertisement

“Kesemua mangsa dibawa keluar 40 minit kemudian,” katanya.  Razali berkata kesemua mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. — Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel