Connect with us

Pilihan Editor

Dr M seloroh kekal jadi PM jika ‘pistol diacu ke kepalanya’

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi mengulangi janjinya untuk melepaskan jawatan perdana menteri sebelum tamat tempoh penggalnya.

Mengulas soalan wartawan selepas merasmikan pembukaan Persidangan Meja Bulat Bersama Komuniti Dewan Perniagaan Antarabangsa di  Putrajaya, pemimpin berusia 94 tahun itu secara berseloroh berkata beliau boleh dipaksa untuk melakukan sebaliknya.

Loading…

“Kecuali mereka tolak saya ke satu sudut dan acu pistol ke kepala saya supaya saya kekal sampai habis penggal, jadi saya akan teruskan.

“(Tetapi) saya akan tunaikan janji saya,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.

Advertisement

Mengenai sokongan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berhubung cadangan supaya dirinya untuk terus berkhidmat sebagai perdana menteri, Mahathir menjawab: “Itu pendapatnya.”

“Tetapi saya telah berjanji, saya akan berundur apabila negara kembali stabil dan pulih… mungkin dua tahun, tiga tahun.

“Saya tidak tahu, kami sedang berusaha ke arah itu,” katanya.

Baru-baru ini, Mohamed Azmin dilaporkan berkata, kepemimpinan Mahathir diperlukan untuk menjamin kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan dasar kerajaan bagi merangsang pelaburan, mencipta peluang pekerjaan serta kekayaan untuk semua.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel