Connect with us

Pilihan Editor

Senator PKR mohon maaf, tarik balik cadangan akta lindungi lelaki dari godaan wanita

Senator PKR Mohamad Imran Abd Hamid hari ini memohon maaf dan menarik balik cadangan yang dibuatnya di Dewan Negara semalam supaya digubal satu undang-undang bagi melindungi orang lelaki daripada digoda oleh wanita untuk melakukan kesalahan jenayah seksual.

“Walaupun niat saya ikhlas tetapi tidak menyangka ia dilihat kesilapan besar yang telah menyinggung ramai kaum wanita dan tidak kurang juga kaum laki-laki kerana dianggap menghina,

Loading…

“Oleh yang demikian saya mohon jutaan maaf dan menarik balik cadangan yang saya kemukakan,” kata Mohamad Imran yang bekas pegawai kanan tentera laut dalam satu kenyataan.

Penarikan balik itu dibuat selepas kenyataan beliau mendapat keras banyak pihak, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Advertisement

Anwar menyifatkan cadangan itu sebagai menghina wanita dan menggesa Mohamad Imran menarik balik cadangan tersebut.

“Ingin saya jelaskan bahawa PKR menolak cadangan tersebut kerana ia dilihat tidak munasabah dan menghina golongan wanita.

“Cadangan tersebut juga memberi gambaran bahawa golongan lelaki tidak bermoral dan mudah tergoda hingga boleh terlibat dengan perbuatan keji,” kata Anwar dalam satu kenyataan.

Terdahulu Mohamad Imran di Dewan Negara semalam mencadangkan undang-undang gangguan seksual untuk melindungi kaum lelaki daripada tergoda dan terjebak dengan jenayah seperti rogol.

“Wujudkan satu akta gangguan seksual ke atas kaum lelaki akibat perlakuan, percakapan dan pemakaian kaum wanita yang boleh sebabkan kaum lelaki tergoda hingga boleh sebabkan perbuatan seperti sumbang mahram, rogol, meraba, pornografi dan sebagainya,” katanya lagi. – Malaysian Update

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel