Categories: Terkini

Doa dipanjangkan umur, Zuraida mahu Dr M terus jadi PM

Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin menggesa mana-mana pemimpin parti agar tidak mengejar jawatan demi kepentingan peribadi, sebaliknya fokus melaksanakan tugas masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan.

“Saya percaya anggota Pakatan Harapan (PH) matang dan boleh fikir sama ada mahu utamakan kemajuan negara, kemajuan individu atau kemajuan parti. Sebolehnya jangan fikir kepentingan individu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Little River Festival 2019 di sini, hari ini.

Loading…

Zuraida, yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin parti mengenai peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya.

Tegasnya, beliau menyokong Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberi tempoh secukupnya untuk memulihkan ekonomi negara terlebih dahulu sebelum menyerahkan jawatan Perdana Menteri kerana sebarang peralihan kuasa tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.

Advertisement

“I think for the sake of country and nation let him be there for the full term, and I would welcomed and pray for the long live Mahathir. (“Saya berpendapat untuk kepentingan negara dan bangsa biarlah beliau di sana sehingga habis penggal, dan saya menyambut baik dan berdoa agar Mahathir dipanjangkan umur”)

“Perkara itu boleh dibincangkan secara rasmi dalam mesyuarat PH (Pakatan Harapan) akan datang, namun ia memerlukan kematangan semua anggota,” katanya. — Bernama

Mohamad Aizat

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

18 mins ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

23 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago