Categories: Terkini

SPRM tolak tawaran RM50,000 UMNO Pekan dalam kes lucut hak harta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menolak tawaran oleh seorang ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan untuk membayar RM50,000 untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah berhubung kes tuntutan melucutkan hak harta.

Timbalan Pendakwa Raya, Allan Suman Pillai, memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa tawaran itu dibuat melalui surat representasi oleh Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ibrahim Awang Ismail, bulan lalu.

Loading…

“Surat tawaran bertarikh 17 Julai untuk membayar 50 peratus daripada jumlah RM100,000 yang dituntut kerajaan telah ditolak. Saya difahamkan peguam responden akan mengemukakan representasi baharu bagi penyelesaian,”katanya dalam sebutan keas di sini hari ini.

Pada Jun lalu, SPRM memfailkan permohonan melucuthak sivil di bawah Seksyen 56 Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) terhadap 41 responden untuk mendapatkan semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Advertisement

Peguam, Nur Shafiqa Balqish Jafri, yang mewakili Ibrahim, berkata pihaknya akan mengemukakan permohonan respresentasi baharu untuk membatalkan tuntutan kerajaan bagi melucut hak harta itu.

Mohd Nazlan kemudian menetapkan 23 Ogos ini bagi semua pihak memaklumkan perkembangan terkini mengenai permohonan representasi itu. –Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

2 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

6 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

11 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago