Categories: Jenayah

“Saya nak minta maaf pada Zulfarhan”

Dua tahun Muhammad Akmal Akif Alias berdepan dengan kes kematian melibatkan pelajar UPNM, Zulfarhan Osman , semestinya menjadi igauan ngeri buat dia.

Bermacam yang dilalui sepanjang tempoh itu dan biarpun sudah dibebaskan dari tuduhan, dia akui masih berasa takut dengan tanggapan sesetengah masyarakat terhadap dirinya.

Loading…

Selama dua tahun dia memegang title ‘OKT’ (Orang Kena Tuduh) ia bukan lah sesuatu yang mudah baginya.

Apa yang terjadi memberi kesan pada dirinya dan juga keluarga.

Advertisement

Muhammad Akmal Akif, 23 , dibebaskan dari semua tuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Julai lalu.

“Seandainya arwah masih hidup saya nak sangat minta maaf dekat dia sebab tak dapat nak selamatkan dia” katanya.

“Tapi saya sentiasa doakan dia. Kalau kita doakan dia kat sana, saya percaya dia akan bantu kita kat sini, InsyaAllah.” -Katanya lagi menerusi wawancara bersama Mstar.

Akmal berkata, selepas dibebaskan dia hanya berhubung dengan keluarga dan kawan rapat sahaja.

Tambahnya lagi, dia berharap agar orang ramai membaca perjalanan kes secara keseluruhan sebelum membuat penilaian.

Advertisement

“Rata-rata netizen menilai sesuatu dari tajuk sahaja. Lagi bagus kalau mereka pergi sendiri ke mahkamah dan dengar sendiri. Bukan dengar dari orang lain dan terus kecam.” Katanya lagi.

Pada 31 Julai lalu, 18 orang pelajar UPNM di arahkan mahkamah untuk membela diri atas tuduhan mencederakan Zulfarhan Osman dan hanya seorang yang dibebaskan dari tuduhan tanpa perlu membela diri iaitu Muhammad Akmal Akif.

Allahyarham Zulfarhan Osman meninggal dunia pada 1 Jun 2017 di Hospital Serdang kerana mengalami kecederaan lebam dan lecur di dada, tangan dan kaki. – Malaysian Update

Advertisement
Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

15 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

16 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago