Categories: Mahkamah

Jho Low gelar Najib ‘Optimus Prime’

Ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, menggelar bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak “Optimus Prime” atau singkatannya, OP, iaitu watak utama dalam filem-filem ‘Transformers’.

Bekas pegawai perhubungan AmBank, Joanna Yu Ging Ping, 48, berkata Jho Low menggunakan singkatan itu apabila merujuk kepada Najib dalam perbualan Blackberry Messenger mereka, ketika kedua-dua mereka berbincang mengenai tiga transaksi wang ke dalam akaun peribadi Najib.

Yu ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram mengenai perbualan mereka bahawa OP mungkin akan menutup akaunnya pada bulan Disember.

Sithambaran: Dalam perbualan itu, Jho Low memberitahu kamu “Beritahu dia, OP kata mereka mungkin akan menutup akaun itu pada bulan Disember.

Advertisement

Yu: Ashok (bekas Pengarah Urusan AmBank, Ashok Ramamurthy) mahu mengemaskinikan laporan.

Sithambaran: Jho Low kata, “Gila, beritahu dia OP kata mereka mungkin akan menutup akaun itu pada bulan Disember.” Apa itu OP?

Yu: Saya teringat saya ada bertanya, (dan) saya diberitahu ia singkaIan kepada nama ‘Optimus Prime’.

Sithambaran: Siapa OP di sini?

Yu: Apa yang saya faham, dia Datuk Seri Najib.

Advertisement

Sithambaran kemudian berkata, daripada apa yang beliau tahu, ‘Optimus Prime’ adalah ketua dalam filem-filem ‘Transformers’ dan kata-kata itu menggelikan hati beberapa petugas media sehingga membuatkan mereka tertawa.

Najib, 66, sedang menghadapi tiga tuduhan pecah amanah jenayah, satu tuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung. – Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

4 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago