Categories: Terkini

Ramasamy bidas Dr M, Maszlee isu jawi, khat

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr P Ramasamy hari ini membidas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhubung pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks bahasa Melayu di sekolah Cina dan Tamil.

Ramasamy, berkata adalah sukar untuk mempercayai bahawa Dr Mahathir mahu memaksa pembelajaran tulisan Jawi tanpa memahami akibatnya ke atas masyarakat majmuk di Malaysia.

“Saya sukar untuk mempercayai bahawa perdana menteri yang begitu moden dan mempunyai matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju mahu memaksa penguatkuasaan pelaksanaan khat tanpa memahami akibatnya dalam masyarakat yang terbahagi dan pelbagai seperti di Malaysia,” kata Ramasamy dalam satu hantaran di Facebook.

Mengenai Maszlee pula, Ramasamy berkata, tidak ada gunanya bercakap mengenai menteri pendidikan itu.

Advertisement

“Tak ada gunanya bercakap tentang menteri pendidikan yang bukan sahaja merosakkan kemasukan matrikulasi tetapi telah menegur bukan Melayu kerana tidak memberikan peluang yang sama kepada orang Melayu dalam sektor swasta,” kata Ramasamy.

Memetik Malaysiakini, Ramasamy yang juga adalah ahli jawatankuasa eksekutif (CEC) DAP itu menyindir Maszlee yang dianggap telah hilang kredibiliti.

“Setelah hilang kredibiliti dia begitu berani untuk mengatakan bahawa khat tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Islam.

“Isu di hadapan kita adalah kenapa kerajaan begitu bersemangat untuk melaksanakan tulisan Jawi tanpa sebarang rundingan yang sewajarnya,” katanya.

Menurut Ramasamy, cadangan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah tanpa sebarang perundingan dengan pihak yang berkepentingan boleh diibaratkan sebagai ‘meletakkan pedati di hadapan kuda’.

Advertisement

“Sekiranya langkah ini disepadukan dalam sukatan pelajaran sekolah rendah semasa pentabiran Barisan Nasional kenapa secara membuta tuli kini dilaksanakan.

“Mengapakah dasar BN yang tidak betul telah diterima secara tidak kritikal?” soal Ramasamy.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

12 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

13 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago