Connect with us

Kemalangan

Kanak-kanak maut dijilat api sambil kaki terjuntai dipagar

Malang tidak berbau, itulah yang terjadi pada seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun apabila dia mati akibat terperangkap di dalam bilik di pangsapuri milik keluarganya yang sedang dijilat api.

Hanya kerana satu insiden kecil, kanak-kanak perempuan terbabit tidak dapat menyelamatkan diri dan mati dalam keadaan yang tragis.

Loading…

Mangsa, Hiba, ketika itu sedang bermain di tepi tingkap dan tiba-tiba alat pengecas telefon bimbit yang berada di dalam bilik tersebut meletup lalu menyebabkan kebakaran.

Disebabkan seluruh rumah terbakar dan tidak ada jalan keluar, mangsa cuba mencari jalan keluar dengan cara menyelinap melalui tingkap rumahnya, tapi tidak berjaya dan menyebabkan dia tersangkut pada pagar besi tingkap. Api yang semakin marak mula merebak sehingga keseluruh badan mangsa.

Advertisement

Menurut saksi, orang ramai yang melihat kebakaran itu telah cuba menghubungi pihak bomba selama 23 minit, tetapi tiada sebarang respon yang diterima

“Ada orang pergi ke balai bomba dan anggota bomba berkata mereka perlu memakai pakaian seragam untuk menyelamatkan mangsa.” kata saksi

Suasana dan keadaan dipenuhi dengan tangisan dan jeritan saat mereka melihat kaki mangsa terjuntai di pagar tingkap, pada masa sama seluruh badan kanak-kanak terbabit hangus dijilat api.

Orang ramai yang menjadi saksi kejadian terbabit hanya mampu melihat dan tidak berdaya untuk membantu kanak-kanak malang terbabit sambil menunggu pihak bomba tiba.

Video kejadian dan gambar mangsa yang dijilat api tersebar di media sosial membuatkan netizen marah dan menganggap bomba perlu bertanggungjawab di atas kelewatan mereka memberi respon pada kes kecemasan. – Malaysian Update

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel