Connect with us

Pilihan Editor

Najib Razak dedahkan ada ‘Sniper’ tembak pejabatnya di Pekan

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menceritakan detik cemas apabila beliau pernah menjadi sasaran penembak tepat dalam insiden yang berlaku setahun setengah sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) berkata, kejadian itu berlaku di Pejabat UMNO Bahagian Pekan dan ketika itu beliau tidak berada di situ.

Loading…

“Setahun lebih sebelum pilihan raya umum ada penembak tepat yang tembak peluru ke bilik saya di Umno Bahagian Pekan.

“Dia hendak hantar mesej kepada saya, sedangkan tahu saya tidak ada di sana.

Advertisement

“Dia (penembak) itu hantar peluru pada sudut cermin. Peluru itu ditembak pada jarak 200 meter.

“Polis masih tidak dapat kesan siapa pelaku. Senapang yang digunakan adalah jenis “long range”,” katanya lagi ketika berucap di Wacana Ilmu: Hard Truth: Cash is King di Menara Datuk Onn malam tadi.

Najib yang juga merupakan ahli parlimen Pekan berkata insiden tersebut yang berlaku pada awal 2017 itu tidak pernah dihebohkan serta tidak ramai yang tahu mengenainya namun kawalan keselamatan peribadinya sebagai perdana menteri ketika itu menjadi lebih ketat.

Baca: Dr Mahathir salah, maksud sebenar ‘cash is king’ ialah rakyat itu ‘king’

“Saya tidak pernah mendedahkan insiden ini. Tapi, sejak itu kawalan keselamatan kepada saya diketatkan lagi.” Katanya lagi. – Malaysian Update

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel