Categories: Terkini

Tak boleh halau Lynas nanti pelabur asing lari, kata Dr Mahathir

Malaysia tidak boleh ‘menghalau’ Lynas setelah menjemput syarikat perlombongan nadir bumi itu melabur di negara ini hanya kerana terdapat pihak yang tidak mahu menerima kajian pakar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata Lynas telah melabur lebih RM1 bilion untuk operasinya di Malaysia cuma proses pelombongan nadir bumi itu dikatakan mempunyai radioaktif pada sisanya.

Katanya kajian pakar melaporkan sisa radioaktif “pada tahap sangat tendah” dan tidak berbahaya kepada kesihatan dan beliau berpendapat terdapat juga cara untuk mengurangkan lagi “radioaktif yang sikit itu”.Iklan

Loading…

“Kita yang panggil (datang melabur) lepas tu kita halau dia keluar. Orang lain kata negara buat janji, bila buat masalah dia halau pelabur…tak boleh macam tu,” katanya kepada wartawan Malaysia ketika mengakhiri lawatan kerja dua harinya ke Fukuoka pada Khamis.

Advertisement

Dr Mahathir berkata pelabur asing langsung sedang memerhatikan tindakan kerajaan terhadap Lynas.

“Kalau kita halau pelabur asing Lynas ini, yang lain (pelabur asing) tak akan datang (Malaysia). Sebab ada yang kita tak suka maka kita suruh dia (pelabur) keluar. Siapa (pelabur) nak datang, mereka perlukan kepastian,” katanya.

Dr Mahathir berkata jika sisa radioaktif itu berbahaya, pekerja di Lynas Malaysia yang terdiri daripada kira-kira 600 jurutera tempatan akan sakit.

“Pakar buat laporan itu tapi ada pihak tak terima keputusan expert itu. Ini jadi masalah kalau kita suruh pakar buat kajian, tapi tolak. Apa guna suruh pakar buat kajian,” katanya.

Selain kehilangan pelaburan, 600 pekerja tempatan juga akan hilang pekerjaan jika Lynas ditutup, katanya.

Advertisement

“Enam ratus pekerja di situ orang kita, mereka tak takut pun, mintak (operasi) diteruskan,” katanya. – Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

6 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

7 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago