Connect with us

Berita Lain

Suami isteri sebabkan kematian seorang lelaki direman tujuh hari

Pasangan suami isteri yang terbabit dalam satu pergelutan susulan kemalangan kecil di Lebuh Raya Utara Selatan selepas Plaza Tol Sungai Besi sehingga menyebabkan seorang lelaki maut semalam, ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman sehingga 17 Ogos terhadap pasangan suami isteri, masing-masing berusia 40 dan 36 tahun itu, dikeluarkan di Mahkamah Kajang oleh Majistret Nor Afidah Idris.

Loading…

Pasangan terbabit dilihat tiba di Mahkamah Kajang pada 12 tengah hari dengan menaiki kenderaan berasingan.

Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku akibat kemalangan kecil selepas Tol Sungai Besi menghala arah Selatan di lebuh raya PLUS selepas kereta mangsa melanggar bahagian belakang kereta suspek.

Advertisement

Kedua-dua pemandu kemudian berhenti selepas persimpangan Bandar Baru Bangi sebelum berlaku pergaduhan tetapi pengguna lebuh raya yang lain berjaya meleraikan pergaduhan itu dan kedua-dua pemandu balik ke kenderaan masing-masing.

Bagaimanapun, mangsa yang dipercayai tidak berpuas hati telah keluar dari kereta dengan membawa sebatang kayu besbol dan terus memukul bahagian hadapan kereta suspek.

Suspek kemudian memandu keretanya ke hadapan dalam keadaan tergesa-gesa dan terlanggar mangsa sehingga menyebabkan mangsa tersepit di antara kereta dan penghadang jalan.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Nilai Medical Centre namun disahkan meninggal dunia semasa dirawat.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat. — Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel