Categories: Terkini

Tun M sertai ribuan jemaah solat Aidiladha

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menyertai ribuan umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara di sini.

Solat sunat itu diimamkan Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Loading…

Mahathir ketika ditemui pemberita kemudian mengucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Beliau turut mengingatkan umat Islam bahawa Aidiladha bukan hanya menuntut korban binatang ternakan, sebaliknya mereka mesti sanggup berkorban demi membantu masyarakat Islam yang memerlukan.

Advertisement

“Inilah harapan kita iaitu kita belajar tentang berkorban dan pentingnya pengorbanan di kalangan umat Islam,” katanya.

Terdahulu, Syaikh Ismail dalam khutbah bertajuk Aidiladha: Di manakah Pengorbanan Kita?menyeru setiap umat Islam mengambil sikap prihatin dan bersedia berkorban menghulurkan bantuan kepada seluruh umat Islam yang hidup dalam kesusahan di serata dunia.

Beliau berkata, pengorbanan dan bantuan adalah berdasarkan kemampuan sama ada dengan wang, tenaga, buah fikiran dan doa.

“Semoga dengan secebis pengorbanan yang kita hulurkan, ia tetap dinilai sebagai amal soleh dan sebagai bukti kejujuran iman kita kepada Allah SWT,” katanya. – Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

4 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago