Connect with us

Jenayah

Tiga mesin ATM diletupkan, RM300,000 lesap

TANJUNG MALIM — Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di Jalan Haji Mustafa Raja Kamala di sini diletupkan sebelum wang tunai dianggarkan kira-kira RM300,000 dilarikan sekumpulan perompak.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian berkata insiden itu berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.

Loading…

Katanya hasil siasatan awal mendapati pihak bank berkenaan telah memasukkan wang tunai sebanyak RM300,000 ke dalam mesin ATM tersebut pada petang semalam.

“Tiga buah mesin ATM rosak dipercayai telah diletupkan dengan cermin berhampiran mesin itu turut pecah yang mana banyak kaca bertaburan di kaki lima bank tersebut.

Advertisement

“Terdapat kesan cecair bahan kimia di dalam kawasan parkir dipercayai digunakan untuk meletupkan mesin ATM bank itu dan kita menemui tiga kesan tompokan darah dipercayai kesan kecederaan suspek ketika cuba melarikan wang dari bank itu,” katanya.

Wan Kamarul Azran berkata bagaimanapun jumlah kerugian sebenar belum dapat dipastikan dan pihaknya sedang menunggu Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Ipoh untuk membantu siasatan kes rompakan ini,” katanya.  —  Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel