Categories: Terkini

Terkini: Polis sahkan penemuan mayat perempuan kulit putih ketika misi mencari Nora Anne

Polis mengesahkan penemuan satu mayat perempuan berkulit putih dalam keadaan masih sempurna lebih kurang dua kilometer dari lokasi gadis Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, menginap di sini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, polis menerima maklumat daripada seorang lelaki berhubung penemuan mayat itu jam lebih kurang 1.57 petang.

Loading…

“Pasukan polis bergegas ke lokasi dan nyata terdapat satu mayat perempuan namun belum dapat disahkan mayat itu milik siapa.

“Ketika ini pasukan Forensik dan Jabatan Patologi sedang membuat pengesahan mayat itu milik Nora Anne Quoirin ataupun sebaliknya,” katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian petang ini, lapor Sinar Harian.

Advertisement

Terdahulu, pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kelihatan bergegas ke lokasi penginapan gadis Ireland yang hilang sejak 4 Ogos, Nora Anne Quoirin, 15 di The Dusun Hill ketika ini selepas polis menjumpai satu mayat.

Turut kelihatan di lokasi, polis memasang garisan kuning yang tertera garisan polis.

Selain polis, pengamal media juga mula mengerumuni lokasi sejak jam 2.30 petang tadi menanti sebarang pengumuman rasmi daripada pihak polis.

Manakala keluarga gadis itu dilihat baru memasuki lokasi menaiki sebuah kereta sekitar jam 4.15 petang.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

2 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

8 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago