Categories: Kemalangan

Pemandu M’sia terlibat kemalangan di Songkhla tiada lesen sah

Pemandu Malaysia yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan lima orang pemotong rumput di Songkhla, Selatan Thailand didapati telah memandu tanpa lesen yang sah.

Wanita berusia 30 tahun itu didakwa memandu dengan cuai mengakibatkan kematian dan kerosakan harta awam.

Loading…

Pemandu itu menghadapi hukuman penjara 10 tahun dan denda tidak lebih 20,000 baht (RM2,721), jika sabit kesalahan.

Polis Thai bersetuju mengurangkan ikat jamin daripada 500,000 baht (RM 68,000) kepada 200,000 (RM27,000).

Advertisement

Bagaimanapun, wanita itu dilarang meninggalkan negara ini sehingga kesnya selesai.

Di samping itu, beliau perlu membayar sagu hati wang tunai 50,000 baht (RM 6,764) masing-masing kepada keluarga mangsa berjumlah 250,000 baht (RM33,823).

Beliau juga dikenakan denda 200 baht (RM28) kerana memandu tanpa lesen sah.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata kedutaan akan memantau kes itu dari dekat.

“Kedutaan akan memberi bantuan sewajarnya yang diperlukan,” katanya kepada Bernama.

Semalam, wanita itu dan dua rakannya sedang dalam perjalanan dari Krabi ke Hatyai, Songkhla sebelum kereta yang mereka naiki melanggar lima pemotong rumput yang sedang berehat di tepi Jalan Asia, Daerah Rattaphum, Songkhla. –Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

12 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

14 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago