Categories: Terkini

Azmin tempelak MP Pasir Gudang susulan desak PM untuk berundur

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menempelak kenyataan Anggota Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim yang mengesyorkan agar Perdana Menteri mengambil langkah berundur.

Azmin berkata sebagai seorang anggota Parlimen PKR, Hassan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbaur desakan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sebaliknya menumpukan kepada agenda pembangunan di kawasan masing-masing.

Loading…

Barisan kepimpinan PKR telah menyatakan pendirian teguh dan sokongan penuh kepada Dr Mahathir untuk meneruskan kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri, katanya.

“Soal Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri itu telah ditentukan oleh rakyat dalam pilihan raya umum yang lepas.

Advertisement

“Alhamdulillah, setahun kepimpinan Dr Mahathir, kita telah meletakkan asas yang betul. Saya percaya sekarang ini adalah untuk pelaksanaan dasar-dasar yang telah ditetapkan,” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian selepas menyertai larian World Stats Congress 2019 di Dataran Merdeka bagi kategori 5 kilometer di Kuala Lumpur hari ini.

Hassan Rabu lepas membuat desakan itu rentetan pelbagai polemik yang ketika ini.

Hassan mendakwa, Dr Mahathir kini seolah hilang punca untuk berdepan dengan pelbagai isu terutamanya untuk mengendalikan isu tiga R iaitu isu kaum, agama dan raja.

Terdahulu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi melepaskan lebih 7,000 peserta larian sempena Kongres Statistik Sedunia, Institut Statistik Antarabangsa (ISI WSC 2019) ke-62 yang diadakan buat julung kalinya di Malaysia, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, bermula hari ini sehingga 23 Ogos. – Bernama

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

3 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

8 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago