Connect with us

Jenayah

Parang untuk si kafir: Lelaki dakwa FB digodam

Seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan polis semalam  bagi membantu siasatan terhadap satu hantaran di Facebook berunsur perkauman yang dipaparkan dalam artikel sebuah portal Rabu lepas.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Roslan Bek Ahmad berkata suspek itu ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, jam 3 petang.

Loading…

“Hasil siasatan awal, suspek menyatakan akaun Facebooknya telah digodam.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 505© Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia selain permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok untuk siasatan lanjut pihak polis,” katanya kepada Bernama, semalam.

Advertisement

Beliau berkata penahanan lelaki terbabit susulan daripada laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli politik berusia 49 tahun setelah pengadu terbaca satu artikel bertajuk ‘Jakim siasat FB Pegawai Didakwa Saran Sedia Parang Untuk Si Kafir’ di sebuah portal berkenaan.

Roslan Bek berkata laporan polis dibuat oleh pengadu pada Jumaat lalu kerana berasa bimbang perkara tersebut mampu mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keamanan negara.

Katanya polis memandang serius isu ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat kenyataan berbaur perkauman yang boleh menjejaskan ketenteraman awam ataupun menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat bolehlah menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya. — Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel