Connect with us

Berita Lain

Anwar tidak setuju Zakir Naik dakwah babitkan kaum

Tindakan penceramah bebas Dr Zakir Naik yang membuat kenyataan kontroversi mengenai penganut agama Hindu dan kaum Cina di Malaysia dalam ceramah beliau amat tidak wajar meskipun beliau bertujuan untuk berdakwah, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya tidak setuju dengan Zakir Naik dalam soal ini. Saya tahu beliau berdakwah dan dalam dakwahnya banyak kebaikan yang dibawa, tetapi dalam soal menyentuh perkauman dalam negara ini ia tidak harus berlaku.

Loading…

“Berdakwah perlulah secara berhikmah,” katanya dalam program Bual Bicara bersama orang ramai sempena Siri Jelajah Presiden ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini semalam.

Anwar berkata demikian menjawab pertanyaan berkenaan pendirian peribadi Ahli Parlimen Port Dickson itu tentang isu yang dicetuskan Zakir.

Advertisement

Katanya Zakir seharusnya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana masih memberi perlindungan kepada beliau untuk terus tinggal di negara ini.

“Memang kerajaan terdahulu yang berikan beliau status penduduk tetap dan apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga setuju benarkan beliau duduk di sini, sepatutnya berterima kasihlah,” katanya.

Berkenaan pendirian PKR terhadap pendakwah itu, Anwar menegaskan perkara itu akan diputuskan secara rasmi hari ini.

Mengenai situasi yang melanda syarikat penerbitan akhbar berbahasa Melayu tertua di Malaysia, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad ketika ini, Anwar menegaskan Utusan wajar diselamatkan kerana jasanya melaporkan lipatan sejarah dan perkembangan pendidikan negara sejak dahulu lagi.

“Utusan adalah akhbar yang sangat sinonim dengan sejarah negara. Tidak boleh nafikan jasanya sebagai medium pendidikan. Jadi satu pendekatan menghormati hak para pekerjanya perlu diambil.

Advertisement

“Tidak boleh kerana marah Utusan maka suka ia ditutup. Saya tentunya rasa sedih. Ia hanya disalah gunakan oleh Umno tetapi syarikat itu perlu dipulihkan dan nasib para pekerjanya harus terbela,” katanya.

Syarikat Utusan Melayu yang berusia 80 tahun kini berada dalam keadaan kewangan yang ‘tenat’ menyebabkan berlaku tunggakan gaji pekerja dan bekas pekerja yang mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS). — Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel