Connect with us

Pilihan Editor

4 exco bukan Islam mengadap sultan Selangor hari ini

Empat Exco bukan Islam kerajaan Selangor hari ini menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini kira-kira pukul 11 pagi.

Empat exco berkenaan adalah Datuk Teng Chang Khim, V. Ganabatirau, Hee Loy Sian dan Ng Sze Han.

Loading…

Terdahulu, Ganabatirau yang ditemui di kawasan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri enggan mengulas lanjut mengenai tujuan mereka menghadap Sultan Sharafuddin hari ini.Iklan

Kata beliau, kenyataan media rasmi mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Difahamkan, keempat-empat exco berkenaan memohon untuk menghadap Sultan Sharafuddin pada 25 Julai lepas untuk membincangkan beberapa isu dipercayai berhubung usul pindaan enakmen negeri berkaitan penukaran agama bagi anak di bawah umur.

Advertisement

Usul tersebut dipercayai tidak dapat dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini selepas ditangguhkan Speaker dewan, Ng Suee Lim sejurus dua hari bersidang. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel