Connect with us

Pilihan Editor

Akaun beku: Najib salahkan PH punca Umno tidak mampu bantu Utusan

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui dirinya sedih dan bertambah marah apabila membaca berita mengenai masalah dihadapi Utusan yang kini berdepan kekangan untuk terus bertahan sebagai penerbit akhbar harian di negara ini.

“Saya sedih dan bertambah marah apabila membaca berita bahawa Utusan mungkin menghentikan operasi hari Rabu ini sedangkan gaji pekerja telah tertunggak berbulan-bulan.

Loading…

“Utusan sebagai akhbar paling lama dalam Malaysia sejak 1939 bukan sekadar sebuah syarikat media sahaja tetapi merupakan simbol dan khazanah orang Melayu dan berkait rapat dengan sejarah Malaysia.” luah Najib melalui laman Facebook rasminya malam tadi.

Najib berkata Umno telah pun menjual saham miliknya dalam akhbar harian tersebut.

Advertisement

“Awal bulan Februari tahun ini, UMNO telah jual kepentingan saham kita dalam Utusan. Ini pun selepas akaun UMNO dibeku oleh kerajaan PH yang zalim.

“Dengan itu, kuasa kawalan dan pengurusan Utusan tidak lagi dalam tangan UMNO.” kata Najib lagi.

Walaupun begitu Najib berkata, Utusan tetap dekat dihatinya dan Umno tetapi tidak berdaya untuk menolong kerana akaun bank Umno telah dibekukan.

“Pun begitu, Utusan tetap dekat dengan hati kita.

“Kalau Utusan dalam bahaya, sudah tentu UMNO ingin tolong.

Advertisement

“Tetapi, bagaimana kita boleh tolong?

“Akaun bank UMNO telah dibeku sejak PRU14 oleh kerajaan PH yang zalim ini.” katanya.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, bekas perdana menteri itu berkata dana Umno berjumlah RM116 juta itu juga telah dibekukan dan Najib mendakwa sehingga kini kerajaan PH tidak dapat membuktikan sumber wang tersebut dari dana haram.

“Dana PRU14 UMNO yang berjumlah RM116 juta itu juga telah disita dan dibekukan oleh kerajaan PH.

“Selepas setahun menyiasat, kerajaan tidak dapat membuktikan bahawa dana-dana dalam akaun UMNO dan dana PRU14 UMNO adalah dari hasil dari jenayah.

Advertisement

“Mengikut undang-undang, kerajaan PH patut hentikan arahan pembekuan akaun UMNO dan memulang balik dana-dana tersebut jika tidak ada dakwaan jenayah dalam masa setahun itu.

“Kerajaan PH tahu dan sedar bahawa dana ini adalah dana sahih dan patut dipulangkan.

“Namun, kerana penindasan politik mereka telah mengeluarkan saman sivil untuk terus membeku dana tersebut untuk menyusahkan UMNO dan saya.” kata Najib lagi.

Najib juga mendakwa Utusan turut menjadi mangsa kesan daripada tindakan membekukan akaun Umno ini.

“Kalau kerajaan PH hentikan arahan membeku akaun UMNO dan mengembalikan dana yang mereka sita secara haram hari ini, esok kita akan tolong Utusan.

Advertisement

“Tetapi usahlah nak idamkan kerajaan PH akan bertindak adil. Mereka tak akan peduli.

“Utusan nak jual aset untuk menyelesaikan masalah aliran tunai, kerajaan PH pun lambat untuk meluluskan.

“Jangan harap kerajaan PH akan membantu akhbar paling lama di Malaysia ini.

“Jangan harap kerajaan PH akan menyelamatkan khazanah budaya dan lidah orang Melayu ini.” katanya.

Najib yang juga bekas Presiden Umno itu turut menyeru orang ramai untuk membantu Utusan dan Kosmo dengan membeli keluaran akhbar itu setiap hari.

Advertisement

“Oleh itu, inilah masanya rakyat semua tampil ke depan untuk menolong.

“Belilah senaskah Utusan atau Kosmo setiap hari.

“Layarlah dan kongsikan artikel-artikel dari laman web Utusan.

“Perniagaan yang ada bajet pengiklanan boleh mempertimbangkan untuk membeli ruang iklan di Utusan atau Kosmo.

“Manakala ahli perniagaan yang memiliki kemampuan seharusnya melihat untuk melabur atau bekerjasama dengan Utusan kerana ia masih mempunyai potensi dan kakitangan yang berpengalaman jika diuruskan dengan sebaiknya.

Advertisement

‘Kita sama-sama tolong kembalikan zaman kegemilangan Utusan.

“Akhbar ini berjuang untuk kita. Masanya tiba untuk kita bantu dan berjuang untuk mereka pula.

“Bantulah Utusan. Mereka sebahagian dari kita.” kata Najib lagi mengakhiri tulisan di laman sosialnya itu. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel